Thursday, 3 October 2013

Ada..ada..jika tiada..tiadalah! Itulah pernyataan yang barangkali lebih tepat di dalam meneruskan hobi ini.Perancangan rapi telah diatur untuk menduga padang pancing tertentu tidak kiralah sama ada memancing air tawar atau di laut,berkorban kos dari segi masa,wang ringgit malah persiapan mentaliti bagi mengesan penjebak ikan pemangsa juga dikenalpasti agar maklumat segera diperoleh bagi mendapatkan tarikan dan melayan secara seronok tangkapan. Sukan memancing bukan sekadar kegiatan melepas penat tetapi amat menarik jika kena pada gayanya.Slogan jika Ada..adalah..jika tiada..tiadalah..& cuba lagi.                                          

Sunday, 15 September 2013

Habitat & Rahsia Spesies Air Tawar

Apakah yg dapat anda rasakan tatkala pergi memancing dan berjaya pula menaikkan spesies ikan yg tidak pula diketahui? Tentulah rasa tertanya- tanya mencari personel yg lain demi sekadar jawapan yg masih belum singgah di fikiran.Di sini didatangkan spesies tersebut yg kira membantu.

Geng Ngail AATT Putrajaya

Salam di segenap sudut perkenalan. Geng Ngail AATT Putrajaya mengoperasikan taut emas@ blogspot dalam aktiviti yg paling diminati iaitu memancing.Ia pada awal permulaan dari runtunan minat dan maklumat yg dikumpul secara kolektif. Ironinya, kamilah antara yang mengaktifkan aktiviti ini sebagai mengongsi pengetahuan dan keseronokan memancing dari ruang yg sedikit memberi input tatkala beriadah. Bagi yang sukakan hobi memancing..jom ngail sambil applikasi teknik.